Cerita ArtisHiburan

Nabila Huda Akui Hasil Duit Lakonanya Untuk Diva Popular Tinggal RM2,000 Setelah Berbelanja Banyak Demi Jayakan Wataknya

Pelakon popular, Nabila Huda mengakui bahawa duit hasil lakonannya untuk drama komedi bersiri Diva Popular hanya tinggal RM2,000 sahaja.

Nabila berkata, duit hasil lakonannya dalam drama tersebut lebih banyak dihabiskan untuk berbelanja, termasuk mengupah make up artis sendiri dan bayaran kepada pembantu peribadi yang menjaga wardrobenya sepanjang menjalani penggambaran drama berkenaan.

“Saya banyak berbelanja untuk drama ini, saya guna khidmat Bosco untuk make up, ada personal wardrobe yang jaga iaitu kawan saya sendiri yang saya upah.

“Ikutkan hasil yang saya dapat berlakon drama ini, kalau dah tolak semua perbelanjaan saya cuma dapat RM2,000 sahaja,” ujarnya yang membawakan watak sebagai Erma Erika.

Nabila berkata, biarpun terpaksa berbelanja banyak, namun dia tetap berpuas hati kerana apa yang dilakukan adalah semata-mata mahu memberikan yang terbaik untuk wataknya itu.

Ujarnya, setiap kali penggambaran dia memang akan memperuntukkan sedikit bajet untuk persiapan sebelum berlakon.

“Setiap kali penggambaran saya memang jenis sebegitu, sebab itu saya tidak hidup dalam keadaan yang mewah.

“Saya lebih banyak berbelanja untuk setiap karakter yang dibawa bagi memuaskan hati saya supaya ia berjaya seperti dibayangkan,” ujarnya.

Jelasnya, biarpun tidak ramai pelakon yang sanggup berbuat demikian, tetapi bagi Nabila itu adalah salah satu cara yang dilakukannya untuk dia memberi komitmen 100 peratus terhadap lakonannya.

Sementara itu, Nabila juga mengakui dia berasa puas hati apabila dapat membawakan watak komedi dalam drama berkenaan.

Ujarnya, dia tidak pernah membawakan watak sedemikian sebelum ini, malah berasa janggal ketika hari pertama penggambaran.

“Pada mulanya mulanya rasa janggal, selepas itu saya dah mula dapat biasakan diri.

“Malah, saya selalu berhubung dengan Erma Fatima dan dia berpesan supaya buat sahaja yang saya mampu.

“Selain itu, saya juga dapat bantuan orang sekeliling seperti make up artis, pengarah dan rakan-rakan pelakon lain,” ujarnya.

Drama komedi Diva Popular sedang ditayangkan di saluran Awesome TV setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam.

Selain Nabila, antara barisan pelakon yang membintangi drama berkenaan seperti Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Tiz Zaqyah, Ben Amir dan Diva AA. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button