Rancangan TVTV

Masih Ada Rindu Kisah Seorang Wanita Yang Sukar Melupakan Memori Indah Setelah Kematian Suami

Insan yang dicintai dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya hanya meninggalkan memori indah dalam hidup gadis muda ini. Mereka telah disatukan dalam ikatan yang sah tetapi dipisahkan dengan kematian. Apabila sinar bahagia kembali hadir dalam hidupnya, bersediakah dia membuka lembaran baharu? 

Itu merupakan intipati kepada kisah yang dipaparkan dalam drama bersiri berjudul Masih Ada Rindu terbitan Nuansa Sdn. Bhd.

Pengarahnya, Osman Ali berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie yang popular sekitar tahun 2000.

“Sejujurnya saya sangat teruja kerana jarang menghasilkan drama bersiri dan ini merupakan sesuatu yang mencabar buat diri saya.

“Secara peribadinya saya juga menyukai novel ini ketika membacanya dan begitu berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengadaptasikannya dalam drama bersiri,” ujarnya.

Menariknya, drama berkenaan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna. 

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya.

Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

Dalam pada itu, Osman menyatakan dia teruja kerana dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon yang begitu komited memainkan watak masing-masing.

“Ia juga satu pengalaman yang baharu apabila dapat bekerjasama dengan pelakon yang belum pernah berlakon di bawah arahan saya sebelum ini seperti Mimi Lana dan Dayang Areeda.

“Ternyata ia cukup mengembirakan untuk saya kerana mereka betul-betul memberi jangkaan yang luar biasa,” ujarnya.

Drama bersiri Masih Ada Rindu sebanyak 16 episod ini telah ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula pada 2 Jun lalu setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam. – KopiPlanet.com 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button