Cerita ArtisHiburan

Pendapatan Terjejas Akibat PKP, Siti Nordiana Jual Tudung & CD Menerusi Aplikasi Shopee

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini total lockdown dilaksanakan, ternyata ia memberi kesan kepada ramai pihak.

Tidak terkecuali pada penyanyi Siti Nordiana yang turut terkesan apabila pendapatannya terjejas sehingga 60 peratus.

Siti Nordiana berkata, dengan melalui keadaan berkenaan, dia menyatakan perlu menjadi lebih kreatif untuk menambah pendapatan.

“Apabila keadaan ini berlaku, saya cuba melakukan beberapa inisiatif seperti terlibat dalam perniagaan.

“Misalnya, saya juga sekarang ini banyak menjual barang seperti tudung dan cakera padat (CD) menerusi aplikasi Shopee,” ujarnya.

Siti Nordiana berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual pelancaran single Cukup Derita Itu yang berlangsung semalam.

Jelasnya lagi, dia juga banyak membuat content video yang dimuatnaik di YouTube miliknya serta mendapat tawaran membuat sesuatu kempen dan ia juga dapat menampung untuk perbelanjaan hariannya.

Pada masa sama, dia berasa bersyukur kerana duit simpanannya ketika ini masih mampu untuk menampung kehidupannya.

“Dengan duit simpanan yang ada ini, ia serba sedikit dapatlah menampung perbelanjaan seharian,” jelasnya.

Dalam pada itu, menceritakan tentang lagu Cukup Derita Itu, penyanyi berkenaan menganggap ia sesuatu yang begitu istimewa buat dirinya.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia dapat menghasilkan lagu yang diciptakan oleh Tam Spider.

“Memandangkan ia adalah lagu runit bunyi drama, jadi saya perlu menjiwai sepenuhnya ketika merakamkan lagu ini,” ujarnya.

Ungkapnya lagi, selepas ini dia berhasrat agar dapat bekerjasama dengan Datuk M. Nasir pada masa akan datang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button