Cerita ArtisHiburan

Dikatakan Merajuk Setelah Hampir Setahun Menyepi, Ara Johari Muncul Dengan Single Tetap Aku Cinta

Sebelum ini, heboh diperkatakan apabila penyanyi wanita terkenal tanah air, Ara Johari membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan. 

Bagaimanapun, Ara yang sudah hampir setahun tidak muncul dengan single baharu menyatakan dia masih lagi aktif dalam dunia nyanyian.

“Saya tak bawa diri pun, ini semua salah faham, Ara masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram rasmi saya.

“Cuma, saya mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single Tetap Aku Cinta dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan,” ujarnya.

Jelasnya, single terbaru itu juga merupakan comeback dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru daripadanya.

Tetap Aku Cinta adalah sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

“Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Label Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, kini adalah masa yang sesuai untuk lagi berkenaan dilancarkan.

“Hampir setahun Ara tidak muncul dengan mana-mana single, kini masa yang sesuai untuk Tetap Aku Cinta dilancarkan.

“Semoga single ini bakal menjadi hit dan mendapat sambutan penggemar muzik,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button