Cerita ArtisHiburan

Enggan Bernikah Di Pejabat Agama, Ainul Aishah Mahu Majlis Nikah & Resepsi Sederhana Untuk Keluarga Serta Rakan Terdekat

Pelakon popular Ainul Aishah mengakui berhadapan kesukaran untuk merancang perkahwinan ketika musim pandemik Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, mengakui ada beberapa pihak yang menyuruhnya untuk bernikah sahaja terlebih dahulu.

“Beberapa orang menyarankan saya berkahwin tanpa majlis kerana mereka mengatakan yang penting adalah ‘dah nikah dulu’.

“Mereka tidak memahami apa yang saya mahukan sebagai ‘pengantin perempuan’ dan kerana menjadi ‘saya sendiri’,” ujarnya.

Ainul berkata, apa yang diinginkannya sekarang adalah sebuah majlis nikah dan resepsi sederhana untuk meraikan hari penting dalam hidupnya bersama keluarga dan rakan terdekat.

Malah, dia juga enggan bernikah di pejabat agama tanpa kehadiran orang-orang penting dalam hidupnya.

“Apa yang saya mahukan adalah majlis nikah & resepsi sederhana untuk keluarga & rakan terdekat bagi meraikan hari penting dalam hidup saya.

“Bukan di pejabat agama tanpa resepsi dan kehadiran orang penting saya di sebelah saya. Itu akan menjadi hari paling menyedihkan dalam hidup saya sekiranya saya perlu melakukan itu,” jelasnya.

Sebelum ini, Ainul telah melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan bernama Khairul Redzuan pada akhir Mac lalu setelah empat tahun bercinta.

Mengikut perancangan, pasangan berkenaan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button