Cerita ArtisHiburan

Norish Karman Diugut Perlu Beri Sejumlah Wang Kepada Individu Yang Memiliki Akaun Instagram Miliknya Yang Pernah Dihacked

Pelakon Norish Karman memaklumkan bahawa dia telah diugut oleh seorang individu untuk memberi sejumlah wang.

Norish berkata, individu berkenaan mengugut mahu menjual akaun Instagram miliknya yang pernah dihacked sebelum ini.

“Saya telah di UGUT oleh pembeli akaun IG saya sendiri yang dijual oleh HACKER. Seperti anda sedia maklum, akaun IG saya @thenorishkarman 90k+ telah di HACKED pada bulan Februari yang lalu.

“Akaun IG telah di HACKED oleh individu yang tak bertanggungjawab. Pelbagai cara saya cuba untuk dapatkan semula akaun tersebut tapi gagal,” ujarnya.

Pelakon itu mendedahkan bahawa dia telah menerima mesej Whats App berupa ugutan daripada pembeli akaun IG milikinya yang dijual oleh Hacker.

Jelasnya, sekiranya dia tidak memberikan sejumlah wang, akaun Instagram asalnya yang telah dihacked itu akan dijual kepada pihak lain.

“Jika saya tidak memberi wang, akaun IG saya akan dijual kepada pembeli lain.

“Saya dengan rendah diri meminta pertolongan kepada sesiapa yang boleh dapatkan semula IG saya, boleh DM IG saya @norishkarman dengan segera. Terima kasih,” ujarnya. – KopiPlanet.com 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button