HiburanSelebriti

Sajat Terus Diburu Polis, Kali Ini Kes Penipuan Menukar Maklumat Kad Pengenalan

Polis mengesahkan ketika ini sedang memburu usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Menerusi laporan portal Suara Merdeka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam satu kenyataan berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Jika sabit bersalah, Nur Sajat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda.

“Saksi tersebut atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954 dengan segera,” ujarnya kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Sementara itu, pada 6 Januari lalu Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button