Cerita ArtisHiburan

“Tu Pun Harga Tak Baca Skrip” – Sharifah Shahora Akui Harga Hero & Heroin Baharu Sama Dengan Yang Berpengalaman

Pelakon popular Sharifah Shahora meluahkan tentang harga yang diperoleh oleh pelakon-pelakon baharu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahora menyatakan bayaran yang diterima antara hero yang berpengalaman dan hero baharu adalah sama.

“Kat Malaysia heroin/hero pengalaman 5 tahun dengan heroin/hero baru 6 bulan belakon. Harga dah sama.

“Penat hero/heroin dah berpengalaman 5 tahun nk memanjat sampai ke puncak. Harga dah sama dgn hero/ heroin baru . Tiada harga siling.. Tu pun harga tak baca skrip,” luahnya.

Ujar pelakon berkenaan lagi, terdapat segelintir pengarah yang terpaksa menerangkan sesuatu babak itu kepada pelakon baharu.

Jelasnya, dia sendiri berasa hairan tentang value seseorang pelakon itu atas sebab apa.

“Director kena explain kenapa scene tu terjadi, apa yg berlaku terhadap karektor hero/heroin. Jadi value harga tu tak tahu atas sebab apa?

“May be sbb follower, lakonan dapat sambutan, management amik percent tinggi? Kenapa oh kenapa? Jangan letak murah.. jangan letak mahal. Letak harga ikut pengalaman,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahora

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button