HiburanSelebriti

“Saya Tak Pernah Review Yang Buruk-Buruk” – Shahida Ulas Komen Sharnaaz Ahmad Tentang Sup Jolo

Isteri kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengulas tentang komen yang diberikan Sharnaaz Ahmad terhadap Sup Jolo yang dijual suaminya.

Shahuda mengulas perkara tersebut di Insta Story setelah ditanya seorang individu berkenaan perkara tersebut.

“Terpulang pada cita rasa dan pandangan individu… lain orang lain rasa dan cara.

“Saya sendiri selalu je review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun. Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk,” ujarnya.

Menurut Shahida, tidak semestinya sesuatu makanan yang sedap di tekaknya akan rasa sedap di tekak orang lain dan begitulah sebaliknya.

Malah, dia juga menyatakan bahawa tidak salah sekiranya untuk bercakap yang baik-baik sahaja.

“Sebab tak sedap di tekak saya mungkin sedap di tekak orang. Sedap di tekak saya tak tentu sedap di tekak orang.

“Jadi bercakap yang baik-baik pun tak salah sebenarnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
2
+1
4
+1
2
+1
1
+1
9
+1
13

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button