Cerita ArtisHiburan

Uyaina Arshad Jelaskan Fesyen Gaya ‘Pelik’ Direka Khas Untuk Wataknya Dalam Drama Love Elsa

Sejak drama bersiri Love Elsa ditayangkan, ramai penonton yang memperkatakan tentang fesyen yang ditampilkan oleh Uyaina Arshad yang memegang watak utama Bergama Zul Ariffin.

Bagaimanapun, Uyaina mengakui fesyen gaya ‘pelik’ yang ditampilkan memang direka khas untuk dirinya, bersesuai dengan watak Amara yang mempunyai kuasa istimewa.

“Kalau diikutkan saya memang tidak menggayakan fesyen sebegitu sehingga memakai baju berlapis-lapis, termasuk dalam mana-mana lakonan saya.

“Namun begitu, fesyen saya dalam drama ini memang direka khas untuk watak saya sebagai Amara, termasuklah bertukar sarung tangan sebanyak 18 kali sepanjang penggambaran,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual yang berlangsung semalam.

Drama arahan Michael Ang itu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amara yang mempunyai kuasa luar biasa, di mana ketika menyentuh seseorang, dia boleh melihat masa lampau individu yang disentuh itu.

Selain Zul Ariffin dan Uyaina, drama berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Riz Amin, Ramona Zam Zam, Iman Suhana, Mona Allen, Badrul Muhayat, Mustapha Kamal, Zeera Azizi, Ikhram Juhari dan Nasz Sally.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai gandingan sulung bersama Zul, pelakon yang juga pengacara itu memberitahu dia berasa seronok dengan peluang berkenaan.

“Tidak dinafikan sepanjang penggambaran berlangsung selama 65 hari, saya seronok dapat bekerja dengan Zul, malah produksi juga tahu saya menjaga batas-batas semasa berlakon.

“Apa yang menariknya, terdapat camera trik yang dilakukan untuk babak-babak yang seperti memerlukan sentuhan,” jelasnya.

Drama Love Elsa menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam sejak 15 Jun lalu menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Curicuriklik

Apakah reaksi anda?
+1
7
+1
2
+1
2
+1
0
+1
1
+1
2
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button