Cerita ArtisHiburan

“Lockdown Apo Ni?” – Ifa Raziah Terkejut Masih Ramai Orang Keluar, Jalan Raya Tetap Sesak

Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah meluahkan rasa terkejutnya apabila melihat masih ramai orang yang keluar ketika tempoh lockdown.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ifa menerusi satu posting di Instagram miliknya ketika dia membeli barang-barang keperluan.

“Setelah 17 hari terkurung dalam rumah akhirnya MISS DIVA keluar untuk bershooping barang-barang groceries.

“MISS DIVA terkejut tengok keadaan KL ni ingatkan takda orang keluar rumah rupa-rupanya penuh orangg di mana-mana jer pastu jalan raya pun jem,” ujarnya.

Menurut Ifa, dalam keadaan sekarang ini dia sendiri juga berasa takut untuk keluar rumah.

“Kita ni nak keluar rumah pun takut kena covid. LOCK DOWN APO ni,” ujarnya.

Ketika ini, negara masih lagi dalam perintah lockdown dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button