Cerita ArtisHiburan

Misha Omar Mulakan Misi #menjejakkhadeja, Buat Ujian Tahap Kesuburan Dalam Usaha Dapat Cahaya Mata Kedua

Penyanyi popular Misha Omar mendedahkan dia kini menjalani ujian tahap kesuburan dalam usaha dia dan suaminya untuk mendapat cahaya mata kedua selepas lima tahun.

Misha memberitahu dia kini sudah menjalankan ujian hormon Anti-Mulleroian (AMH) menerusi pengambilan darah bagi mengenalpasti tahap kesuburan.

“Kami memang telah merancang menambah cahaya mata sejak tahun lalu. Tapi sebenarnya proses yang dilalui masih di peringkat awal dengan mendapatkan dulu nasihat pakar selain menjalani ujian kesuburan.

“Sama ada kehamilan tersebut akan dilakukan menerusi rawatan kesuburan in-vintro (IVF), kaedah lain atau secara semula jadi, ia bergantung kepada hasil ujian yang dijangka keluar tiga minggu lagi,” ujarnya.

Jelas Misha, apa yang paling utama buat dirinya ketika ini adalah untuk mendapatkan nasihat pakar bagi memahami keadaan kesihatannya dan perlu mengikut proses untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video di Instagram juga penyanyi berkenaan telah mencipta sebuah hashtag iaitu #menjejakkhadeja.

“Hashtag ini kak Mitch saja je gunakan begitu sebagai doa yang akan menjadi penguat semangat untuk mencari anak perempuan kami..

“Di setiap proses yang kak Mitch jalani, kak Mitch akan share juga knowledge yang Kak Mitch dapat dengan korang.. semoga doa kalian akan mengiringi kak Mitch,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button