Cerita ArtisHiburan

Pekerja Terlibat Kemalangan Langgar Lari, Shuib Mahu Cari Pemilik Kereta Myvi Warna Hijau Yang Larikan Diri

Pelawak popular Shuib kini sudah menjejak pemilik sebuah kereta Myvi berwarna hijau.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib menyatakan pemilik kereta berkenaan terbabit dengan kemalangan langgar lari yang melibatkan salah seorang pekerjanya.

“Assalammualaikum, tolong viralkan. Salah seorang staff @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar iaitu MUHAMMAD AFIQ HIDAYAT BIN MOHD FAUZI terlibat dgn satu kemalangan berdepan dengan Econsave Jalan Pesta, Muar.

Malangnya kereta yang melanggar budak ni boleh lari!!!!!!!!! Budak ni dah patah dua tangan, pipi dgn hidung koyak. Tolong viralkan sebab sampai sekarang owner kete yang langgar masih tak serah diri!!!!,” tulisnya.

Menerusi perkongsian gambar di Instagram, pekerjanya itu mengalami kecederaan yang agak teruk dan sudah mendapat rawatan di hospital.

Pada masa sama, Shuib juga turut berkongsi no plate kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button