PopularViral

Edar Produk Di SJR Dipersoalkan Netizen, Pengasas ESW Jelaskan Sudah Minta Kebenaran Pihak Polis

Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang individu yang juga pengasas produk yang telah mengedarkan produk di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Bagaimanapun, tindakan individu berkenaan telah dipersoalkan oleh segelintir netizen.

Setelah menjadi pertikaian, individu yang dikenali sebagai Iddin Syah yang juga pengasas produk ESW tampil memberikan penjelasan.

Menerusi satu posting di Instagram miliknya, Iddinsyah memberitahu bawa dia telah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian yang sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya.

“Sebenarnya sebelum aktiviti itu dibuat, saya terlebih dulu medapatkan kebenaran polis & bagitau niat saya nak sumbang 1K unit vitamin ESW kepada org yang lalu SJR Bertam. Xkan la saya berani buat tanpa kebenaran kan?

“Ok 1st of all, pihak yang paling saya concern adalah Frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah, walaupun mereka kuat semangat tapi saya ada cara sendiri nak say thank you dengan menyumbangkan vitamin yang baru sahaja ESW keluarkn untuk pastikan Frontliners kekal bertenaga & hidrasi,” jelasnya.

Menurut Iddin, aktiviti tersebut adalah sebagai satu kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya pengambilan vitamin, terutama sekali dalam kes jangkitan Covid-19 yang agak tinggi.

Ujarnya yang juga Pengarah Urusan IS Beauty Collagen Venture, apa yang dilakukanya itu juga sebagai ‘small gesture’ seorang anak muda yang prihatin.

“Sama gak dengan orang lain yang bagi sumbangan makanan kat hospital, pusat kuarantin, cuma cara saya beza sikit guna produk saya sendiri,” ujarnya.

“Lagipun, saya ada kat sana pun x lama. Sekejap ja. Harap semua faham situasi saya ya. Saya harap penjelasan ni dapat menghentikan spekulasi yang tular,” jelasnya.

Dalam pada itu, Iddin turut memaklumkan bahawa dia telah memadamkan video aktiviti berkenaan di Instagram pada Jumaat lalu.

Namun begitu, dia tidak menyangka ada pihak yang sempat memuatnaik di Twitter dengan video asal yang sudah disunting.

“Laju betul netizen buat kerja. Terus terang saya x berapa aktif di sana (Twitter) tapi staf yang kongsi info psl tweet tu. Bila baca nak tergelak pun ada, berani eh dia kata abang rambut karat & pakai jaket tengah panas lit lit.

“Ada gak yang komen next time boleh bagi duit. Memang ada perancangan, team ESW akan kenal pasti golongan yang betul-betul perlu. Next, InsyaAllah kita akan beri sumbangan kepada Palestin,” jelasnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button