HiburanSelebriti

“Bukan Bererti Saya Mudah Tergoda” – Sajat Dedah Selalu Dapat Gambar Bukan-Bukan Daripada Lelaki Berstatus Suami

Usahawan selebriti yang kini menjadi buruan pihak berkuasa, Sajat mendedahkan dirinya sering mendapat gambar yang bukan-bukan daripada lelaki berstatus suami.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Sajat juga mahu menyatakan dia akan mendedahkan wajah-wajak lelaki tersebut.

“Memang tak faham, makin kita tak layan makin berani suami orang hantar gambar bukan-bukan kat kita. Jangan sampai saya viral gambar awak yer!!!

“Patut ke saya tunjuk wajah jantan gatal nak mampus kat media sosial?? Sebab dah 1000 kali cakap, still tak faham-fahamkan,” tulisnya.

Sajat berkata, meskipun dia berkeadaan begini tidak bermakna dirinya mudah tergoda dengan buaya-buaya darat, terutama sekali suami orang.

“Cubalah bini dia tahu, tak ker sedih bini dia yang laki dia perangai macam tu!!! Nampak baik, manakala buaya.

“Inilah orang cakap jangan disangka air sungai yang tenang tiada buaya.. Kebanyakan muka si suami yang tenang (tak semua yer) itulah yang banyak 1000 satu rahsia,” ujarnya.

Pada masa sama, Sajat turut menasihati para isteri supaya rajin buat pemeriksaan di telefon bimbit suami.

Tegasnya, dia sendiri tidak faham kepada suami-suami yang gemar menghantar mesej seolah-olah tiada isteri di sebelah.

“Para-para bini rajin-rajinlah buat sport check kat handphone suami yer… bukan kita tak percaya, just double check kalau-kalau si suami buat macam itu.

“Sebab tak faham mamat ini, hantar mesej ibarat macam tak ada bini kat sebelah!! Giler ke apa jantan macam ini… memaksa-maksa dah tak betul kot. Tahulah lockdown,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button