Cerita ArtisHiburan

Nourul Depp Mahu Jual Cincin Perkahwinan Pertama, Wang Jualan Akan Disalurkan Kepada Pihak Memerlukan

Penyanyi popular Nourul Depp memaklumkan dia ingin menjual sebentuk cincin ketika perkahwinan pertamanya.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh penyanyi itu menerusi satu posting di Instagram miliknya.

“As usual sebelum nak berhijrah negara ni, Ahad adalah hari mengemas barang. Mana tinggai di Malaysia dan mana nak bawak. 

“Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dnegan kami. Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007,” jelasnya.

Nourul berkata, wang hasil jualan cincin berkenaan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

“Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan. Sapa nak buat collection cincin ni, boleh contact kami. 

“Harga bermula dari RM300. Siapa bet tinggi, dia dapat. Cincin dari Poh Kong. Beli tahun 1996. Sijil mana dah tak tau hahahaha,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Ajai atau Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Hasil perkahwinan pertama, Nourul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah, 23. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button