Cerita ArtisHiburan

Selepas Pengumuman PM Tentang i-Citra, Nama Bunga Citra Lestari Jadi Sebutan Di Twitter

Nama pelakon kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari kini mula menjadi sebutan rakyat Malaysia.

Ia gara-gara setelah salah satu pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai inisiatif pengeluaran wang KWSP iaitu i-Citra.

“i bunga je belum lagi. Kalau tak, cukup dah Bunga Citra Lestari.

“Aku rasa kalau ada bantuan utk next pengumuman, mesti akan jadi nama nya i-bunga. So lengkap lah, bunga, citra, lestari. Chantekk.

“Mula2 i-Lestari, now i-Citra Aku syak org yg come out with this idea peminat tegar Bunga Citra Lestari,” ujar beberapa orang pengguna di laman sosial Twitter.

i-Citra merupakan inisiatif terbaharu oleh kerajaan, di mana orang ramai boleh mengeluarkan sehingga RM5,000 wang KWSP.

Sebelum ini, kerajaan juga pernah memperkenalkan kemudahan i-Lestari untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 KWSP. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
2
+1
4
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button