Cerita ArtisHiburan

Sokong Kempen Kibar Bendera Putih… Altimet Akan Hulurkan Bantuan Di Beberapa Kawasan

Penyanyi popular Altimet dilihat antara yang menyokong kempen mengibarkan bendera putih dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia dan rakannya akan membuat rondaan untuk menghulurkan bantuan pada Jumaat ini bermula pukul 2.00  hingga 6.00 petang di sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak.

“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan pintu rumah untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tidak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. 

“Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik. Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak menolong jiran sendiri,” katanya.

Jelas Altimet, dia dan rakannya juga akan membuat rondaan pada setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran.

Ujarnya, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan dana ke akaun yang telah disediakan (Maybank: 564874006702). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button