Cerita ArtisHiburan

Muna Shahirah Kini Aktif Bermain Permainan Video PUBG Untuk Jana Pendapatan & Promosi Lagu

Penyanyi Muna Shahirah mendedahkan bahawa dirinya kini aktif dalam permainan video PUBG.

Muna berkata, dia telah berjinak-jinak dengan PUBG sejak PKP 1 dan hanya bermula sekadar suka-suka sahaja dengan bermain di telefon bimbit.

“Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui YouTube tanpa bimbingan sesiapa. Lepas tu saya mula stream PUBG melalui Facebook menggunakan komputer.

“Tidak disangka-sangka jalan saya Allah mudahkan dan kini followers saya mencecah hampir 500,000 di Facebook.

Jelas Muna, bermain permainan tersebut juga telah menjana pendapatan tambahan memandangkan ketika ini tiada sebarang tawaran menyanyi.

Ujarnya lagi, pada masa sama dia telah berpeluang untuk membuka jaringan pengikut dan peminat baharu. 

“Mula-mula tu ada yang tak tahu saya penyanyi, tetapi sewaktu live streaming kami bersembang sambil layan game (PUBG,) saya sajalah menyanyi.

“Kemudian ada yang tegur ‘eh suara awak sedap. Awak ni penyayi ke? Saya pun guna peluang tersebut untuk promote lagu saya yang disiarkan di YouTube. Mulai saat itu bertambahlah kenalan dan peminat saya di Facebook,” jelasnya.

Menurutnya, dia melihat perkara tersebut (bermain PUBG) dari sudut yang positif iaitu untuk menjana pendapatan dan mempromosi lagunya.

Saya mula nampak bahawa PUBD ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan, malah membantu saya untuk mempromosikan lagu saya di samping minta followers yang turut serta dalam PUBG tu untuk undi lagu saya.

“Alhamdulillah, mereka sangat baik dan tidak keberatan untuk bantu saya, malah sekarang saya dah ada peminat yang berumur 7 tahun,” jelasnya.

Sementara itu, penyanyi itu juga kini telah tampil dengan sebuah single baharu berjudul Bukan Milikku.

“Sebenarnya saya gementar juga nak lancarkan lagu baru dalam waktu PKP ni, saya bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa.

“Bagaimanapun, memandangkan ia adalah tuntukan kerja, jadi saya terpaksa melunaskan tanggungjawab saya pada syarikat rakaman dan untuk peminat,” ujarnya.

Ujar Muna, lagu ciptaan  Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh manakala lirik oleh Ikhwan sendiri merupakan lagu balada cinta ke-5 yang dirakamkannya.

“Bukan tidak mahu tukar genre lagu, tetapi saya sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ia cadangan dari syarikat rakaman FMC Music.

“Lepas ni kalau diberi peluang saya juga teringin nak bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali iaitu Permata Hati,” ujarnya.

Single baharu Bukan Milikku akan dilancarkan serentak di semua saluran online termasuk di YouTube FMC Music bermula Hari Ini (Jumaat) pada pukul 8.00 malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button