Cerita ArtisHiburan

“Hari Jumaat Ini Bapa Telah Pergi Buat Selamanya” – Ayah Ayu Damit Meninggal Dunia

Penyanyi popular Ayu Damit memaklumkan bahawa ayahnya, Damit Osiri telah meninggal dunia hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ayu memberitahu arwah ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir di rumah.

“DUKACITA NYA AYU MAKLUMKAN BAHAWA BAPA AYU DAMIT BIN OSIRI TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI DI RUMAH…. Terima kasih pda semua yang selama ini mendoakan bapa Ayu… 

“Pada hari JUMAAT yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya… Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman….amin,” tulisnya.

Ketika melihat Insta Story miliknya, penyanyi berkenaan sudah pun dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Sabah.

Dalam pada itu, Ayu turut menitipkan ucapan buat arwah ayahnya yang dianggap telah menjadi hero terbaik dalam hidupnya.

“TERIMA KASIH atas segala jasa mu bapa yang selama ini memelihara dan menyanyangi ku dari kecil hingga kesaat terakhir mu…

“Ayu berharap suatu hari kita akan berjumpa d syurga nnt…amin ya rabbal alamin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button