Cerita ArtisHiburan

Anak Pernah Alami Masalah Lambat Bercakap, Mia Ahmad Nasihat Terhadkan Penggunaan Gajet Kepada Anak-Anak

Pelakon popular Mia Ahmad menasihatkan para ibu bapa supaya menghadkan penggunaan gajet terhadap anak.

Mia berkata, ketika ini ramai yang mengambil jalan mudah untuk memberi anak-anak menggunakan gajet.

“Parents, please minimalkan penggunaan gadget.. saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemic ini dan mengambil jalan shortcut untuk bagi anak-anak menggunakan gadget.

“Please monitor apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap screen. Bila bagi diorang screen time make sure you join them and watch together,” jelasnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mia memberitahu nasihat yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri.

Kongsinya, akibat mendedahkan anaknya, Issa kepada screen terlalu kerap telah membuatkan anaknya mengalami masalah.

“Saya bercakap melalui pengamalan yang mungkin ramai tak tahu.. kesan daripada saya exposed kan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa speech delayed, short attention span dan mempunyai masalah social skill. 

“I admit my mistake, at that time saya CUMA fikirkan diri saya SAHAJA dan mula introduce kan screen time dengan kerap pada Issa,” jelasnya menceritakan kejadian yang berlaku setahun lalu.

Ujarnya, ketika ini anaknya sudah menunjukkan perkembangan yang baik dan sudah mula bercakap dan berinteraksi serta masalah yang berlaku sebelum ini sudah dapat diatasi.

“TAPI.. itu dahulu.. setahun yang lalu.. Alhamdulillah dengan izin MU, Issa menunjukkn progress yang sangat baik.. mula bercakap.. mula interact.. dah overcome almost semua masalah yang ada before…

“Minta doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya? Banyak sebenarnya tips yang saya nak share.. nantilah ya bila ada kesempatan… ,” ujarnya. – KopiPlanet.com

.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button