Cerita ArtisHiburan

Elizabeth Tan Mahu Sumbangkan Separuh Pendapatannya Bulan Ini Untuk Bantu Golongan Yang Memerlukan

Penyanyi dan pelakon popular, Elizabeth Tan atau Lizzy memaklumkan dia akan menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bulan ini untuk membantu golongan yang memerlukan.

Berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya, Lizzy berkata, ini merupakan inisiatif yang cuba dilakukannya.

“Saya nak cuba membantu mereka yang memerlukan, jadi Lizzy dah buat keputusan untuk menyumbahgkan 50 peratus pendapatan saya.

“Kalau ada yang memerlukan boleh DM saya nombor akaun, tapi Lizzy tak boleh bantu semua orang,” ujarnya.

Pada masa sama, dia berharap agar semua orang akan berlalu jujur memandangkan sudah banyak keluarga yang kekurangan bekalan makanan.

“Jangan ambil hak dorang okey,” ujarnya

Dalam pada itu, rata-rata netizen telah memuji tindaken yang dilakukan oleh penyanyi berkenaan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button