Cerita ArtisHiburan

Hampir Tiga Hari Di Wad, Yatt Hamzah Selamat Bersalin… Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata Lelaki Pada Kelahiran Keenam

Pelakon popular Yatt Hamzah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki kira-kira pada pukul 11.00 malam semalam.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Yatt menyatakan dia bersalin secara normal, meskipun hampir melakukan caesarean.

“Jam 11 mlm semalam hampir-hampir masuk ke OT untuk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021, setelah hampir 3 hari di wad. 

“Pengalaman yang LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR! ,” tulisnya.

Yatt berkata, setelah melahirkan anak yang keenam, barulah dia telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

“Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu2nya anak LELAKI. 

“Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yg tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini..

Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin,” ujarnya.

Pada masa sama, Yatt juga memaklumkan akan berkongsi tentang perjalanan ketika saat melahirkan cahaya matanya itu.

“In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button