Cerita ArtisHiburan

“Aku Ni Bukan Anti Sosial” – Amar Baharin Guna Khemah Khas Untuk Penjarakan Ketika Penggambaran Drama

Pelakon Amar Baharin telah menggunakan sebuah khemah khas ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya, khemah khas itu digunakan sebagai pelindung dan untuk menjaga penjarakkan sosial.

“Aku ni bukan anti-social. Kita ada anak-anak dan keluarga. Mencegah lebih baik bukan?

“Anyway Ayat-Ayat Halal dah start tayangan setiap Isnin-Sabtu jam 8mlm di @tv2_rtm . Jangan lupa maghrib dulu! ” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dilihat berminat untuk mendapatkan khemah khas berkenaan.

Untuk makluman, khemah itu telah digunakan oleh Amar ketika menjalani penggambaran drama Ayat-Ayat Halal pada awal tahun 2020.

Ketika ini, sebarang aktiviti penggambaran masih tidak boleh dilakukan lantaran pelaksanaan PKPD. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
8
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button