Cerita ArtisHiburan

Bergurau Pasal Isu Curang Dengan Shuk Sahar Dalam Sebuah Rancangan Televisyen, Issey Akhirnya Buat Permohonan Maaf

Penyampai radio dan pelawak popular, Issey Fazlisham tampil memohon maaf kepada Shuk Sahar berkenaan gurauan dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Permohonan maaf tersebut dibuat oleh Issey menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram.

“Dengan apa yang terjadi, saya rasa bersalah sangat, saya nak minta maaf dengan semua masyarakat.

“Walaupun saya rapat dengan Shuk, bergurau kasar dengan dia, benda tu tak patut buat depan publik,” jelasnya.

Menerusi video yang dimuat naik juga, Issey sendiri telah membuat panggilan kepada Shuk.

Dalam pada itu, Shuk yang menjawab panggilan tersebut menyatakan apa yang dilakukan mereka adalah sekadar bergurau.

“Aku tak ada terasa hatilah, kau jangan risau. Kita biasalah bergurau. Dorang tak tau kita rapat macam mana.

“Kau jangan risaulah pedulikan je netizen tu,” ujar Shuk.

Sebelum ini, telah tular video yang menunjukkan Issey telah bergurau ‘kasar’ dengan Shuk.

Antara gurauan tersebut adalah menyatakan Shuk pernah curang dan tidak lagi bersama stesen radio. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button