Cerita ArtisHiburan

Rebecca Nur Islam Maklumkan Suami Serta Enam Orang Anaknya Disahkan Positif Covid-19

Pelakon popular Datin Rebecca Nur Islam memaklumkan bahawa suami serta enam orang anaknya telah disahkan positif Covid-19.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon itu juga memberitahu tiga orang pembantu rumahnya juga disahkan positif.

“Assalammualaikum Dukacita Di MakLumkan,pada Hari ni Hari khamis #08072021.

“Saya MUMMYBECCA Mewakili En Suami Serta SeIsi Keluarga,ingin memberitahu..Keluarga Kami Di Serangi  Penyakit COVID 19,” ujarnya.

Menurut Rebecca, ketika ini dia berada dalam keadaan sedih dan sedang berdukacita. 

Ujarnya, pada masa dia bersyukur kerana dia berserta dua orang anaknya, seorang tukang kebun dan tiga orang lagi anaknya negatif daripada Covid-19.

“Apa Yg Boleh Saya katakan Buat masa Sekarang ni,tolong DOA Kan Utk Kami Sekeluarga. Lebih lebih lagi Kpd Suami Saya Yg  Teruk sedikit dari Yg lain (SayaTahuSuamiSayaKuat) (insyaAllah).

“Minta Maaf Jika Ada Close contact Yg TerDekat Dalam masa 7 Hari ke belakang. Saya harap Anda Cepat2 buat Swab Test ya. DOA Anda Semua Saya Perlukan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button