Cerita ArtisHiburan

Benjy Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital Medan, Indonesia Akibat Asma

Pelakon popular Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim telah disahkan meninggal dunia akibat diserang asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Menerusi laporan Astro Awani, perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp

Sebelum ini, Benjy yang juga anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty itu telah dipenjarakan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia sejak 2017 atas kesalahan memiliki dadah. – KopiPlanet.com 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
+1
3
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button