Cerita ArtisHiburan

Jenazah Arwah Benjy Akan Disemadikan Di Medan, Indonesia Seperti Mengikut Wasiatnya

Jenazah pelakon Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy akan disemadikan di Medan, Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), keputusan berkenaan dibuat mengikut wasiat yang telah dinyatakan pelakon berkenaan sebelum ini.

“Seniman berhubung rapat dengan pihak keluarga arwah, keluarga bersetuju untuk arwah Benjy dikebumikan di Medan Indonesia disebabkan Benjy ada mewasiatkan supaya jika apa-apa berlaku kepada beliau maka semadikan beliau di Medan Indonesia.

“Pengurusan jenazah arwah Benjy akan diuruskan oleh pihak Konsulat General Malaysia dan pihak Penjara Tanjung Gusta dan segala kos akan ditanggung oleh pihak waris. Seniman akan cuba bantu mana-mana bahagian selagi kami mampu untuk memudahkan urusan arwah Benjy di Medan,” ujar kenyataan tersebut.

Pada masa sama, Seniman turut memaklumkan pihaknya sedang berhubung rapat dengan pihak Konsulat General Malaysia di Medan Indonesia dan Pihak Penjara Tanjung Gusta Medan untuk pengurusan jenazah arwah Benjy.

Ujarnya, setakat ini maklumat diterima menyatakan jenazah kini telah menjalani pelbagai prosidur di Hospital, namun disahkan tiada jangkitan Covid-19.

“Jenazah sudah dibawa ke RS Bhyangkara Brimob (Rumah Sakit Dibawah pihak berkuasa Indonesia).

“Segala urusan jenazah akan akan dilakukan disitu sebelum dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta Medan Indonesia sebelum Zohor waktu tempatan inshaAllah,” jelasnya.

Hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon berkenaan yang meninggal dunia akibat asma.

Arwah Benjy telah ditahan pihak Kastam Dan Eksais sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan Indonesia pada 18 April 2017.

Pelakon berkenaan kemudian didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis Methamphetamine dan dikenakan hukuman penjara 11 tahun 8 bulan oleh mahkamah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button