Cerita ArtisHiburan

Arwah Benjy Sempat Khatam Al-Quran Ketika Dalam Penjara Pada Februari Lalu

Industri hiburan negara telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy akibat asma pada pagi semalam.

Umum mengetahui mengenai arwah yang sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara di Medan, Indonesia setelah didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis Methamphetamine.

Arwah yang ditahan pihak Kastam Dan Eksais sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan Indonesia pada 18 April 2017 telah dikenakan hukuman penjara 11 tahun 8 bulan oleh mahkamah.

Bagaimanapun sepanjang empat tahun berada di penjara, ramai yang tidak mengetahui bahawa arwah sebenarnya sempat khatam Al-Quran ketika berada dalam penjara pada tahun ini.

Dalam satu surat undangan yang diperolehi, terdapat satu majlis khatam Al-Quran yang telah dianjurkan pada 17 Februari lalu di Masjid At Taubah Lapas Klas 1, Medan.

Malah, nama arwah juga telah tersenarai sebagai salah seorang banduan yang telah khatam Al-Quran dan berada dalam majlis berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button