Cerita ArtisHiburan

Selepas Pengunduran Dua Ahli, Outbreak Terus Berjuang Bertiga Dengan Kemunculan Single Baharu Infiniti

Pengunduran dua ahli kumpulan iaitu Zaim Ajmal dan Zareef langsung tidak mematahkan semangat tiga ahli kumpulan Outbreak yang masih kekal bersatu iaitu Shakirin Shah, Allif Firdausserta Hakeem Zamall dalam terus mengejar cita-cita sebagai sebuah boyband di Malaysia. 

Menyimpan segunung impian bagi menempatkan diri dalam industri seni hiburan, Outbreak kini tampil dengan single baharu berjudul Infiniti.  

Menurut Shakirin, dia bersama ahli Outbreak menghormati keputusan dua sahabatnya yang bertekad meninggalkan kumpulan itu dan mengakui sepanjang tiga tahun banyak kenangan dan kejayaan dicapai bersama.

“Kami menghormati keputusan Zaim dan Zareef untuk keluar daripada Outbreak. Kami sentiasa mendoakan perjalanan mereka supaya terus berjaya dan dipermudahkan. 

“Biarpun banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui sepanjang tiga tahun menempa nama, namun kami tidak boleh patah semangat untuk terus ‘menghidupkan’ jenama Outbreak dan memastikan kumpulan ini terus diingati dan diterima ramai. 

“Justeru, kami hadir dengan buah tangan baharu berjudul Infiniti. Single baharu ini menonjolkan kekuatan dan keunikan suara masing-masing selain  gandingan bertiga ini disifatkan cukup serasi,” katanya. 

Ujarnya, lagu Infiniti adalah hasil ciptaan dan lirik oleh Wan Saleh dan ia memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah dalam hidup. 

Jelasnya, melihat keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara, Infiniti juga dilihat mampu memberi mesej positif kepada pendengar supaya terus cekal dan kuat dalam mendepani dugaan hidup ketika ini. 

Sementara itu, bagi Hakeem pula Infiniti berupaya membangkitkan semangat daripada perasaan kecewa dan mendorong semua untuk berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua yang sedang dilakukan. 

“Infiniti adalah naskhah yang saya kira pembakar semangat untuk kita semua supaya terus kuat dan bangkit dalam apa juga dugaan yang kita hadapi.

“Ia menyatakan bahawa kita semua tidak terlepas daripada ujian dan dugaan hidup, namun setiap liku-liku kehidupan yang dihadapi pasti ada harapan dan jalan terbaik untuk menuju kejayaan. 

“Ketika merakamkan lagu ini, saya akui sangat bersemangat untuk menyanyikannya kerana lagu ini sangat bermakna dalam hidup saya. Banyak dugaan yang kita semua hadapi ketika ini, namun kita tidak pernah mengalah, malah sentiasa berdoa dan berusaha,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff pula berharap agar Infiniti dapat diterima ramai kerana lagu berkenaa sangat bersesuaian dengan situasi yang semua hadapi.

“Walaupun aktiviti promosi lagu ini sedikit terhad memandangkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) , namun kami yakin dengan naskhah ini serta sokongan padu daripada semua pihak,” katanya. 

Official Lyric Video Infiniti telah disiarkan secara rasmi pada 10 Julai lalu di saluran YouTube Beegood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari disemua platform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Deezer dan Youtube Music sejak 9 Julai lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button