Cerita ArtisHiburan

Jenazah Arwah Benjy Telah Selamat Dikebumikan, Disaksikan Ahli Keluarga & Anak Benjy Secara Langsung Menerusi Video

Jenazah pelakon Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim @ Benjy telah selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SENIMAN, jenazah dikembumikan pada pukul 11.00 pagi (waktu Indonesia) dan selesai 45 minit kemudian, manakala urusan jenazah diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

“Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat. Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” jelasnya kenyataan tersebut.

Pagi semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai pelakon berkenaan yang meninggal dunia di Medan, Indonesia akibat asma.

Pelakon berkenaan menjalani hukuman penjara selama 11 tahun di negara berkenaan atas kesalahan dadah.

Arwah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Safiya Stephance Kar-Leng dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 16 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
1
+1
2
+1
0
+1
18
+1
5
+1
13

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button