Cerita ArtisHiburan

Netizen Berang Sekiranya Penganjur Pilih ‘Budak Baju Kuning’ Sebagai Pemenang #pukaudancechallenge

Setelah tampil dengan single Tiada Untukmu, penyanyi Naufa kini telah mempertaruhkan single kedua berjudul Pukau.

Tampil dengan genre pop dangdut, lagu dan lirik daripada El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) itu mengisahkan tentang unsur nasihat kepada mereka yang bergelar suami.

Berharap agar lagu tersebut diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni, pelbagai usaha dijalankan bagi mempromosikan single ini, bukan mudah baginya untuk memenangi hati orang ramai.

Dengan mencuba nasib untuk menjadikan single ini diketahui ramai, Naufa menghasilkan satu content money contest video dari aplikasi Tiktok iaitu #pukaudancechallenge.

Apa yang mengejutkan, salah seorang peserta merupakan seorang remaja perempuan yang pernah tular dengan satu video daripadanya yang dikenali sebagai Budak Baju Kuning.

Remaja tersebut telah menghasilkan sebuah video tarian di laman aplikasi Instagram milik beliau lalu video tersebut telah tular ke aplikasi Tiktok milik @idunnolahhh sehingga meraih 1.4 juta jumlah tontonan.

Oleh kerana itu, timbulnya kontrovesi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada netizen seandainya pihak penganjur memilih beliau sebagai pemenang.

Netizen menunjuk perasaan tidak puas hati dengan menyerang serta ugut di ruang komen Instagram milik sebuah syarikat rakaman yang merupakan penganjur pertandingan tersebut.

Selain itu, syarikat rakaman juga telah menerima pesanan melalui Direct Message daripada netizen agar tidak memilih remaja perempuan tersebut.

Kejadian ini agak membimbangan pihak penganjur dan juga pihak penyanyi, namun pihak penganjur mengharapkan sokongan yang positif dan berharap netizen tidak melakukan perkara yang merbahaya dan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Pihak penganjur juga berterima kasih kepada mereka yang sudi menyokong dan menyertai pertandingan ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button