Cerita ArtisHiburan

Hasilkan Lagu Single Mandarin Sulung Berjudul Jiu Meng Xin Su, Masya Masyitah Sasar Tembusi Pasaran China

Setelah berjaya menewaskan lebih daripada 3,000 peserta lain dari serata Asia, dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak USD40,000 (RM160,000), Juara Yippi Star Quest 2020, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff atau lebih terkenal dengan nama Masya Masyitah kini kembali dengan single solo pertama berbahasa Mandarin berjudul Jiu Meng Xin Su.

Masya berkata, dia sudah lama mengimpikan sebuah single solo Mandarin kerana ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat peminat barunya ketika bertanding dalam Yippi Star Quest 2020.

“Lagu ini mengisahkan tentang percintaan sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan masing-masing, tetapi malang menimpa apabila teman lelakinya terpaksa menyembunyikan penyakit yang dialaminya.

“Kemudian, lelaki berkenaan terus berdiam diri dan teman wanitanya tertanya-tanya sehingga mereka berpisah dengan pengakhiran yang menyayat hati,” ujarnya.

Jiu Meng Xin Su adalah ciptaan istimewa oleh penulis lirik dan komposer muzik hebat tempatan, Kai Kai dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.

Bercerita lebih lanjut mengenai lagu berkenaan, Masya berkata, pada mulanya dia diberikan demo lagu ini.

“Selepas mendengarnya, hati terus terpaut dengan melodi yang begitu indah sekali ditambah dengan jalan cerita yang pasti membuat sesiapa saja tersentuh.

“Lalu pihak RocketFuel Entertainment memilih untuk menerbitkan lagu ini sebagai single solo pertama saya dalam bahasa Mandarin kerana sudah tiba masanya buat diri saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai harapannya untuk lagu berkenaan, Masya menyatakan dia berharap supaya single berkenaan akan dapat diterima pendengar, terutama sekali berbangsa Cina.

“Harapan Sya agar single ini mendapat sambutan ramai di Malaysia dan dikalangan pendengar berbangsa Cina.

“Jikalau ada rezeki semoga ia dapat pergi jauh sehingga menembusi negara China pada satu hari nanti,” jelasnya.

Lagu Jiu Meng Xin Su boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Ia juga boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube RocketFuel Network. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button