PopularViral

Kaedah Kurang Tersusun, Nadir Al-Nuri Maklumkan Pasukan Ebit Lew Perlu Lebih ‘Terorganisasi’ Untuk Misi Bantuan Di Gaza

Belum reda kisah mengenai Caprice dan Ustaz Ebit Lew berkenaan Gaza, kini muncul pula penjelasan seorang individu yang dikenali sebagai Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Seperti yang diketahui ramai, Nadir merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Gaza dan banyak terbabit dengan misi kemanusiaan di sana sejak tahun 2013.

Menerusi satu video yang kini tular, Nadir menjelaskan bahawa Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya ada menghubunginya sebelum ini.

“Team ustaz Ebit Lew dia ada contact saya untuk sampaikan sumbangan di bumi Gaza. Tapi bila kita dah bagi proposal tidak dibalas. Tiba-tiba dengar-dengar mereka dah sampai di Cairo (Mesir).

“Bila mereka sampai di Cairo, mereka menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana nak masuk. Jadi, kami maklumkan memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan terus buat kerja,” jelasnya.

Nadir berkata, semua tempat berkenaan mempunyai tuan rumah, NGO tempatan dan pusat zakatnya sendiri.

Jelasnya, kaedah yang dilakukan oleh pasukan Ebit Liew kurang tersusun dan pada masa sama dia tidak menyalahkan Ebit Lew.

“Pada saya niat tu sudah betul, cuma team Ustaz Ebit perlu lebih ‘terorganisasi’. Apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit ialah dia beli barangan di Cairo dan dihantar masuk ke Gaza. Itu tak ada masalah. Cuma untuk dia sebagai seorang individu untuk masuk itu yang bermasalah.

“Kita tidak ada masalah untuk mendapat barangan yang sebahagian besar dihantar oleh Ustaz Ebit Lew, tetapi kesemua barangan tersebut boleh didapati dalam Gaza sendiri. Contohnya, kita tak perlu berdepan dengan risiko ditahan checkpoint-checkpoint di Mesir,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Ebit dan pasukannya mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang risiko ketika berada di sempadan sekiranya mereka membeli semua barang tersebut di dalam Gaza.

“Jadi benda tu ada dalam Gaza. Kita akan sampaikan sumbangan kewangan dan pindahkan ke bumi Gaza. Beli daripada dalam Gaza, kita boleh perkasa ekonomi penduduk di bumi Gaza itu sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Nadir turut meluahkan rasa terkilannya apabila ramai rakan-rakan NGO yang telah diserang oleh netizen Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
4
+1
0
+1
2
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button