HiburanSelebriti

Ebit Lew Buat Laporan Polis, Tegaskan Semua Dakwaan Terhadapnya Tidak Berasas & Fitnah Semata-Mata

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew telah membuat satu laporan polis berkenaan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Ebit berkata, laporan berkenaan dibuat setelah perkara tersebut membuat dirinya kecewa mengganggu.

“Saya dah lama diam, tak nak cakap apa-apa. Saya dah biasa, semuanya ok.. tetapi apabila anak dan isteri menangis, macam mana saya ada kes besar begini, termasuk ahli keluarga dan team saya sekali.

“Dah penat, saya tak nak balas daripada awal. Saya pergi ke balai untuk buat report menganggu dan kecewa. Dakwaan tersebut tak berasas dan fitnah semata-mata. Saya akan serahkan kepada peguam,” jelasnya.

Turut hadir sama ketika laporan polis dibuat adalah peguamnya iaitu Datuk Hasnal Rezua Merican.

Ebit berkata, selama ini dia tidak pernah membalas sebarang kenyataan yang telah dibuat.

Jelasnya, laporan berkenaan dibuat berdasarkan arahan polis sebelum ini supaya tidak ada pihak yang membuat sebarang kenyataan.

“Dalam masa terdekat, saya akan terangkan… sangat menyediahkan apa yang berlaku. Saya sangat sedih.

“Saya memang tak nak bergaduh dengan siapa-siapa. Saya anggap apa yang berlaku ini adalah ujian,” jelasnya.

Menurutnya, dalam laporan yang dibuat, antara nama-nama yang dinyatakan adalah Nadir Al-Nuri, Caprice serta mereka yang barkongsi kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, Ebit Lew menegaskan bahawa dia tidak pernah membuka tabung kutipan untuk misi ke Gaza baru-baru ini.

“Niat saya nak tolong orang. tak pernah bukak mana-mana tabung… Saya guna semua duit sendiri,” jelasnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button