HiburanSelebriti

Ebit Lew Jawab Beberapa Tuduhan Terhadap Pemergiannya Ke Gaza, Mahu Nadir Al-Nuri Jelaskan Pula Tentang Sumbang RM20 Juta Yang Diterima Daripada NGO

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tampil menjelaskan mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Nadir Al-Nuri.

Ebit berkata, antara yang ditegaskan olehnya adalah pemergiannya ke Gaza adalah menggunakan duitnya sendiri dan dia tidak pernah membuka satu tabung pun untuk pergi ke sana.

“Saya pergi ke sana dengan duit sendiri, tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi Gaza. Ada beberapa sahabat yang rapat dengan saya yang menyumbang.

“Malah, tiket penerbangan juga saya mendapat tajaan daripada Turkish Online. Yang lain semua saya pakai duit sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai proposal yang dihantar kepadanya, Ebit berkata antara isi kandungannya adalah mengenai sebut harga untuk kotak sumbangan.

Jelasnya, selain Nadir, pihaknya juga telah mendapatkan beberapa sebut harga daripada pihak lain.

“Mengenai proposal yang dihantarnya itu, antara kandungan ialah dia menyatakan sebut harga tentang harga kotak makanan untuk sumbangan iaitu sebanyak USD40 (RM160) sekotak.

“Kemudian pihak kami mendapat sebut harga iaitu sebanyak USD20 dengan jumlah barang yang sama. Saya pun tak pernah persoalkan kenapa Nadir letak harga yang sebegitu,” ujarnya.

Mengenai tuduhan dia membayar pihak tertentu berjumlah ratusan ribu ringgi untuk masuk ke Gaza, Ebit Lew menegaskan ia satu fitnah dan dia sendiri tidak mengetahui mengenai syarikat Hala seperti yang diperkatakan oleh Nadir.

Jelasnya, sebelum pihaknya juga telah berhubung dengan Mile Of Smile dalam usaha untuk memasuki Gaza.

“Sebelum datang saya dah call dan berkomunikasi dengan Mile Of Smile dan mereka charge RM50,000 satu kepala. Saya uruskan beberapa nama dan proses tu gagal.

“Untuk masuk ke sana perlu ada dua kelulusan iaitu pertama kelulusan kerajaan Mesir dan kedua kelulusan tentera dan yang paling lama tunggu adalah kelulusan pertama,” ujarnya.

Menurut Ebit, untuk mendapatkan kelulusan pertama, dia telah memohon menerusi kedutaan Malaysia di Mesir dan tidak sangka ia lulus.

Bagaimanapun, apa yang menjadi halangannya adalah pihaknya tidak mendapat kelulusan tentera.

“Pada mulanya kami nak balik sebab kelulusan tentera tak dapat. Kemudian pihak tentera ada beritahu mengenai satu syarikat yang boleh urusakan.

“Syarikat tersebut ialah Lucky Tour dan mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak USD2500 (RM10,000) sahaja untuk satu kepala,” katanya.

Jelasnya, tempoh untuk dia dan pasukannya masuk ke Gaza adalah selama 33 hari dan menyatakan semuanya yang berlaku atas pertolongan Allah.

Dalam pada itu, Ebit juga turut mempersoalkan mengenai kutipan sebanyak RM20 juta yang diterima oleh Nadir daripada pelbagai NGO di Malaysia.

Jelasnya, prinsipnya sebelum ini adalah tidak mencampuri urusan orang lain, tetapi kini dia perlu bersuara apabila dirinya dipersoalkan.

“Saya tak bawa duit siapa-siapa… tak pernah buka tabung Gaza… Mengenai duit RM20 juta yang diserahkan kepadanya oleh beberapa NGO… dia patut jawab duit RM20 juta tu kat mana?

“RM20 juta tu ke mana sekarang… Kat akaun siapa? Dah transfer kat siapa? Prinsip saya tak campur hal orang lain. Patut check dia.. mana bukti resit? Tuduhan pasal duit Gaza, saya pakai duit sendiri. saya ada bukti,” tegasnya.

Pada masa sama, dia turut memaafkan mana-mana pihak yang telah mencaci maki dirinya sejak isu berkenaan timbul. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button