HiburanSelebriti

Selepas Mark Adam & Fizie, Kini Giliran Deen Ditamakan Kontrak Bersama Hot FM

Selepas penyanyi Mark Adam dan Fizie, kini tiba giliran Deen pula telah ditamatkan kontrak bersama stesen radio Hot FM.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Deen memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia bertugas.

“Saya telah menerima notis tujuh hari penamatan servis bertarikh 16 Julai 2021 dan Hari Ini 25 Julai merupakan hari terakhir saya memberikan servis sebagai seorang penyampai radio di Hot FM.

“Saya bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya untuk Hot FM membuat pertukaran barisan penyampai yang sememangnya rutin normal bagi sesebuah radio swasta selari dengan selera pendengar, permintaan pasaran, pelan perniagaan dan content strategies,” tulisnya.

Deen berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan profesional dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh team Hot FM.

Dalam pada itu, mengenai perancangannya pula, Deen berkata dia merancang untuk menyambung pelajaran yang tertangguh lantaran kesibukan kerjanya.

Malah, dia tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio memandangkan jiwanya masih ada pada kerjaya berkenaan.

“Honestly passion dalam radio masih ada. So kalau ada peluang lagi untuk berkerja dalam dunia radio sama ada sebagai penyampai radio atau position lain, insyaAllah mungkin saya akan cuba,” jelasnya.

Deen memulakan kerjaya sebagai penyampai radio pada Oktober 2010 sebagai kakitangan kontrak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button