HiburanSelebriti

“Saya Maafkan Semua Yang Pernah Panggil Saya Syaitan, Dajjal, Babi, Bodoh, Penunggang” – Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menyatakan dirinya memaafkan semua yang memfitnah dan menjatuhkan dirinya.

Dalam satu posting di Instagram, Ebit juga turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja terhadap apa yang telah berlaku.

“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi, bodoh, penunggang dan lain-lain.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya, bidadari saya dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

“Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua,” luahnya.

Ujar Ebit, dia juga berpesan pada dirinya dan semua pihak supaya bersatu hati dan berdoa agar Allah angkat musibah Covid-19.

Dia juga berharap semoga Allah memberi kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus berkenaan sembuh.

“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer. Cukuplah sampai sini yer. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button