Cerita ArtisHiburan

Shandy Aulia Tidak Jadi Saman Wanita Yang Hina Rambut Anaknya Dengan Samakan Seperti Jagung

Pelakon popular Indonesia, Shandy Aulia tidak jadi untuk menyaman seorang wanita yang telah menyamakan rambut anaknya seperti jagung.

Menerusi portal Detik Hot, peguam Shandy iaitu Hotman Paris menyatakan pelakon itu juga sudah memaafkan wanita berkenaan.

“Wanita itu sudah meminta maaf dan Shandy Aulia tidak akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

“Kecuali kalau wanita itu melakukan hal yang sama selepas ini,” jelasnya.

Ternyata permohonan maaf wanita yang dikenali sebagai Claire Herbowo itu telah diterima pelakon berkenaan.

Pada masa sama, peguam tersebut juga menasihatkan anak guamnya itu agar tidak terlalu mengambil kisah sebarang komen netizen.

Menurutnya, sebagai seorang public figure, kecaman netizen sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

“Saya sudah berpesan kepada Shandy untuk mengabaikan sahaja sebrang komen netizen yang tidak menyenangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Shandy telah mengupah seramai 15 orang peguam untuk mengambil tindakan terhadap wanita yang telah menghina rambut anaknya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button