Cerita ArtisHiburan

Elak Terikut-Ikut Dengan Cara Pengacara Terdahulu, Amyra Rosli Dinasihat Tidak Tonton Terlalu Mendalam Rancangan Nona Yang Lepas

Umum mengetahui bahawa pelakon popular Amyra Rosli telah dipilih sebagai pengacara baharu rancangan Nona bagi menggantikan Mira Filzah.

Amyra berkata, sudah lama mempunyai impian untuk bergelar seorang pengacara dan tidak menyangka rezeki terpilih sebagai pengacara rancangan berkenaan.

“Sudah tentu saya rasa terkejut dan memang berasa gementar untuk kali pertama bergelar seorang pengacara.

“Apapun saya gunakan peluang yang diperoleh ini untuk belajar lebih banyak dan menimba seberapa banyak ilmu,” jelasnya.

Amyra berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual yang berlangsung semalam.

Mengenai persediannya untuk mengacara, pelakon itu memberitahu sama seperti kebanyakan yang lain, dia juga ada menonton semula episod-episod Nona yang lepas.

“Berkenaan dengan persediaan, saya juga ada tonton episod-episod Nona yang terdahulu, tetapi tidaklah terlalu mendalam.

“Saya dinasihatkan supaya tak tengok bulat-bulat kerana takut terikut-terikut dengan cara pengacara terdahulu,” ujarnya.

Ujarnya, musim yang terbaharu ini juga, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan, meskipun masih mengekalkan elemen elegan.

Pelakon berkenaan akan mengacarakan rancangan Nona yang akan bermula pada 8 Ogos ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button