HiburanSelebriti

Terkait Dengan Isu Video, Ebit Lew Masih Belum Beri Sebarang Kenyataan, Media Sosial Tidak Update Sebarang Posting Terbaharu

Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah popular Ustaz Ebit Lew telah dikaitkan dengan sebuah video yang kini sudah tular.

Ketika ini, ramai yang memperkatakan mengenainya, di mana wajah individu di dalam video berkenaan dikatakan miripnya.

Bagaimanapun, setakat ini Ebit atau pihaknya masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Malah, pendekatan Ebit yang masih mendiamkan diri telah menimbulkan persoalan ramai pihak.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di akaun media sosialnya seperti Instgaram, Facebook dan Twitter, tiada sebarang posting terbaharu yang dimuat naik.

Kali terakhir posting Ebit di media sosial adalah empat hari lalu, di mana dia telah memaafkan semua pihak yang telah memfitnah dirinya.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button