Cerita ArtisHiburan

Hafiz Suip Mengaku Rasa Tertekan Apabila Kerap Ditanya Tentang Perubahan Susuk Tubuhnya

Penyanyi popular Hafiz Suip mengaku dirinya agak tertekan apabila kerap ditanya ramai pihak tentang perubahan susuk tubuhnya sekarang ini.

Hafiz berkata, biarpun susuk tubuhnya kelihatan susut berbanding sebelumnya, namun dia menyatakan keadaan dirinya masih sihat seperti biasa.

“Apabila kamu ditanya soalan membabitkan ibu bapa, isteri atau mentua. Jika kamu sering ditanya begitu, tertekan tak? Memang tertekan sebab saya manusia biasa, menjadi artis hanyalah sebuah kerjaya.

“Jika manusia biasa dilempar bermacam-macam tuduhan memang boleh tertekan. Saya sihat, tapi apa yang orang lain nak sampaikan daripada pertanyaan mereka? Sekiranya mereka benar-benar prihatin saya ucapkan alhamdulillah,” katanya.

Penyanyi berkenaan berkata demikian ketika sidang media pelancaran lagu Berakhirlah Pencarianku yang merupakan nyanyian duetnya bersama Ernie Zakri.

Menurutnya, sebagai seorang manusia biasa adalah nomal apabila pertanyaan sebegitu akan membuatkan dirinya tertekan jika ditanya terlalu kerap.

Ujar Hafiz, sebelum ini juga dia ada membuat pemeriksaan kesihatan serta berjumpa dengan ustaz dan diberitahu bahawa keadaanya baik.

“Kalau ada yang concern terhadap diri saya, alhamdulillah. Cuma cara concern tu ada juga cara kalau nak bertanya. Dari segi mental kalau asyik ditanya sakit atau tak, nanti lama-lama akan betul-betul sakit.

“Jika memang ingin concern jumpa terus atau call secara personal. Jangan tuduh seseorang itu atau cakap pada orang lain dan beri pelbagai tanggapan seperti ambil dadah, family tak beri makan atau macam-macam lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, menceritakan mengenai lagu Berakhirlah Pencarianku, Hafiz berkata, tidak ada sebab untuk dia menolak tawaran berduet dengan Ernie Zakri.

“Bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Pada masa sama dia juga seorang guru vokal.

“Orang lepas menang AJL ke-35 takkan nak tolak. Dapat peluang berkongsi studio, subhanallah, satu perkara yang sangat baik,” katanya.

Menurut Hafiz, kolaborasi menerusi Berakhirlah Pencarianku itu juga memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman yang ada, justeru dia berharap lagu itu mendapat penerimaan positif peminat.

“Apa yang saya lalui selama ini menjadi pengalaman. Mungkin itu juga yang membuatkan orang nampak saya di tahap sekarang. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya kena belajar. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button