Cerita ArtisHiburan

Syura Badron Maklumkan RM200,000 Bukan Jumlah Bayaran Saman Yang Dikenakan Terhadapnya Bersama Empat Individu Lain

Penyanyi popular Syura Badron memaklumkan bahawa jumlah RM200,000 bukanlah saman yang dikenakan oleh Siti Nordiana terhadap dirinya bersama empat individu lain iaitu Lan Solo dan isterinya Sheila serta Sam Samin dan Aida G.

Perkara berkenaan telah diterangkan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Nampaknya masih ramai yang tak faham ye… Pembayaran RM200,000 setiap seorang tu bukan SAMAN sebab kami tak mohon maaf ye..

“Selain dari MINTA MAAF, pembayaran 200k tu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dałam masa 24 jam,” jelasnya.

Baru-baru ini Siti Nordiana telah membuat tuntutan terhadap kelima-limanya setelah mereka dikatakan telah memfitnah dirinya dalam satu sesi IG Live.

Menurut Syura, saman akan dikenakan terhadap mereka sekiranya tiada permohonan maaf serta bayaran yang dibuat kepada Siti Nordiana.

“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200k then barulah proceed saman. Harap faham ye semua,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
12
+1
3
+1
2
+1
7
+1
2
+1
11
+1
14

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button