
“Sayang I Tau U Dah Buat Yang Terbaik. U Dah Fight Sampai Anak Kita Dah Selamat Dilahirkan” – Shuib Terus Titip Kata-Kata Semangat Buat Siti Sarah
Pelawak dan usahawan popular, Shuib masih terus menitipkan kata-kata semangat buat isteri tercinta, Siti Sarah yang masih lagi belum sedarkan diri buat masa ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Shuib turut memberikan perkembangan tentang anak yang baru dilahirkan, Ayash Affan.
“Sayang i tau u dah buat yg terbaik… U dah fight smpi anak kita dah selamat pon dilahirkan. Ayash Affan dah bukak mata, kaki dah tendang2, tangan dah gerak. syukur alhamdulillh dan skrg u penat dan SEDANG TIDUR.. TP JGN TIDUR LAMA2 EH SAYANG..
“I, ANAK2 dan FAMILY SEMUA RINDU U,,SEMUA MENUNGGU U DKT RUMAH SAYANG…JGN TIDO LAMA SGT TAU,KUAT KAN SEMANGAT DAN BUKA MATA OK LOVE U SAYANG @sitisarahraissuddin MOHON SEMUA TERUS MENDOAKAN SARAH YA,” tulisnya.
Semalam, Siti Sarah yang hamil tujuh bulan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki menerusi satu pembedahan yang dijalankan petang semalam.
Pembedahan berkenaan terpaksa dilakukan memandangkan keadaan kesihatan penyanyi itu yang agak kritikal setelah paras oksigennya kurang ketika mendapat rawatan di HUKM.
Sebelum itu, Siti Sarah telah dimasukkan ke HUKM setelah mengalami kurang oksigen lantaran positif Covid-19 yang dialaminya. – KopiPlanet.com