
Shuib Mohon Henti Sebarkan Voice Note Mengenai Keadaan Siti Sarah Yang Kini Viral
Pelawak dan usahawan Shuib memohon agar mana-mana pihak untuk menghentikan penyebaran satu voice note berkenaan keadaan isterinya, Siti Sarah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib memberitahu audio berkenaan adalah keadaan isterinya pada 6 Ogos lalu.
“Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat @ 6 Ogos. Jadi saya mohon tolong hentikan share/delete posting tersebut di mana-mana platform media sosial.
“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali,” jelasnya.

Ketika ini, penyanyi berkenaan masih lagi dirawat akibat kekurangan oksigen setelah positif Covid-19.
Malah, Sarah juga telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki selepas menjalani pembedahan pada petang Jumaat lalu. – KopiPlanet.com