Cerita ArtisHiburan

Man Raja Lawak Kecewa Tindakan Individu Buat Pembedahan Potong Usus Semata-Mata Mahu Lariskan Jualan Produk Pelangsingan Badan

Pelawak popular Man Raja Lawak mengecam tindakan segelintir individu yang melakukan pembedahan potong usus semata-mata mahu melariskan penjualan produk pelangsingan badan.

Man berkata, dia sama sekali tidak menentang pembedahan usus, tetapi mahu mereka yang menjual produk pelangsingan badan bertindak jujur.

“Dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.

“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai penampilannya sekarang ini yang tampil lebih kurus sehingga sering disamakan seperti Remy Ishak dan Syamel, pelawak itu menyatakan dia mengamalkan pengambilan produk minuman kesihatan Bodycurv serta melakukan rutin berjalan kaki di kawasan rumah.

Ujarnya, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 94 kilogram sehingga menjadi 74 kilogram dalam tempoh masa selama tiga bulan.

Dedah suami kepada Azlina Awalludin itu, dia sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan Bodycurv yang diminum sejak dua tahun lalu.

“Setahun juga saya menggemukkan diri dengan ‘enjoy’ makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak. Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya.

“Sebelum ini saya berjaya menurunkan berat badan dengan produk berkenaan tanpa bersenam. Kali ini saya nak buktikan dengan minum produk berkenaan dan ditambah bersenam pun lagi pantas berat badan menurun. “Pilihan nak kurus di tangan anda. Nak kurus tanpa senaman atau bersenam pun boleh dan diyakini dengan Bodycurv,” jelasnya.

Pada masa sama, apabila ditanya adakah dia terlalu berfantasi apabila sering menyamakan dirinya dengan beberapa artis Remy Ishak dan Syamel, ternyata juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu enggan mempedulikannya.

“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?

“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang-kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit,” jelasnya.

Ujar Man, dia juga tidak suka melayan kecaman atau anggap dirinya seorang yang perasan kerana ia boleh menjatuhkan semangatnya.

“Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,” katanya.

Apa yang lebih menarik, Man memberitahu bahawa dalam usahanya kembali menurunkan berat badan itu, ternyata ada klinik gigi yang bermurah hati menaja dirinya membuat rawatan gigi sekitar April lalu.

“Alang alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.

“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak ‘sponsor’. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik. Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button