Cerita ArtisGosip Panas

Syura, Lan Solo Serta Tiga Individu Lain Yang Berhadapan Saman Siti Nordiana Tidak Diwakili Peguam

Penyanyi Syura Badron, Lan Solo serta tiga individu lain iaitu Sheila Razlan yang juga isteri Lan, Sam Samin dan Aida G yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman RM2.5 juta oleh penyanyi Siti Nordiana masih tidak diwakili peguam buat masa ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana berkata, semasa pengurusan kes yang dijalankan secara eReview kelmarin, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan pihaknya selaku peguam plaintif iaitu Siti Nordiana untuk memfailkan afidavit penyampaian sebagai bukti serahan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kelima-lima defendan itu.

“Semasa pengurusan kes yang dijalankan secara eReview pada 9/8/2021, Mahkamah telah mengarahkan peguam Plaintif untuk memfailkan Afidavit Penyampaian sebagai bukti serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap kelima-lima Defendan.

“Ini kerana kelima-lima Defendan tersebut masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan yang difailkan oleh Defendan-defendan setelah Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan diserahkan kepada kesemua Defendan. Tarikh akhir untuk kelima-lima Defendan memfailkan Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan adalah pada 17/8/2021,” jelasnya.

Beliau berkata, mahkamah selanjutnya menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh Pengurusan Kes (eReview) yang baru dan untuk memaklumkan Defendan-defendan mengenai tarikh baru pengurusan kes tersebut.

Sebelum ini, Siti Nordiana mengambil tindakan saman terhadap kelima-lima individu berkenaan setelah mendakwa difitnah dalam satu sesi IG Live baru-baru ini.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
11
+1
4
+1
0
+1
5
+1
2
+1
3
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button