Cerita ArtisHiburan

‘Celoteh Rara’… Erra Fazira Luah Rasa Sedih Lihat Semakin Ramai Yang Sering Berbalah & Memaki Hamun Tanpa Segan Silu

Pelakon popular Erra Fazira meluahkan rasa sedihnya apabila melihat semakin ramai antara satu sama lain yang saling berbalah dan memaki hamun sehingga hilang adab dan malu.

Dalam satu catatan yang cukup panjang di Instagram miliknya, Erra menyatakan sudah tiba masanya semua orang bermuhasabah diri.

“Celoteh Rara… Satu dunia berhadapan masalah yg sama! Satu dunia!! This is so sad tapi pastinya Allah Maha Mengetahui.. di masa ini, adakah masanya utk kita berbalah dan saling menunding ATAU mungkin ini masanya utk kita muhasabah diri dan kembali memahami asbab kita dipinjamkan Allah disini.. Ya kita semua pinjaman.. tp kita sering lupa dan berkelakuan seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi.

“Sedih melihat kita sesama kita sering berbalah, memaki hamun tanpa segan silu malah bangga memaparkanya, kita sesama kita sudah semakin hilang adab dan malu.. Andai org lain dgn sikap tiada adabnya, janganlah kita menyahut dan meletakkan diri kita sama seperti mereka yang tidak beradab.. cubalah tangani dan sahutlah dgn adab dan cara yg paling berhemah.. saya risau andai keadaan sebegini semakin sebati dgn kita semua,” tulisnya.

Jelas Erra, apa yang diluahkannya itu adalah sekadar pandangannya sahaja dan tidak kisah sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang ditulis.

“Rata2 dilihat haiwan semakin menjadi makhluk penyayang.. tapi kita manusia ramai pula yg bercakaran dan menikam sesama sendiri.. Bila ditanya, pasti ada 1001 sebab dan alasan namun CUBALAH pilih adab utk menanganinya ya..(saya tak bercakap ttg jihad perang tau.. ini konteks lain).

“Ini sekadar pandangan saya.. andai tidak bersetuju tak mengapa.. saya pun banyak kekurangan… namun saya tetap mendoakan kita semua hidup dalam kasih sayang dan saling menghormati,” ujarnya.

Pada masa sama, Erra tidak ketinggalan untuk berterima kasih kepada mereka yang bergelar frontliner atas pengorbanan yang telah dilakukan.

“Ya Allahhh ampunkanlah kami.. Kami alpa.. kami gagal mentadbir diri dan keturunan kami utk memahami hakikat dan hakiki sbg hambaMu.. . Berilah kami keampunanMu,taufik dan hidayah agar kami dpt memperbaiki kesilapan kami..

“Frontliner, walau dimana kalian berada waima apa bahagian tugas kalian sekalipun.. terima kasih diatas pengorbanan yg tidak ternilai.. Moga Allah membalas kebaikkan kalian dgn rahmat dan kasih sayangNya.. Teman Ig sekelian.. jaga diri, keluarga dan org yg tersayang ya.. semoga kita semua dalam lindungan dan Rahmat Allah.. semoga kita menjadi manusia yg lebih baik dr sebelum ini.. amiiinnn,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button