Cerita ArtisHiburan

“Nak Makan & Kencing Always Rasa Ngilu…” – Jue Aziz Pula Disahkan Positif Covid-19

Pelakon popular Jue Aziz memaklumkan bahawa dirinya telah disahkan positif Covid-19 dan kini mengalami beberapa simptom kesan daripada virus berkenaan.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Jue menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Salam My Kesayangan smua.. Plz Doakan Kesihatan Jue..Jue POSITIVE COVID19.

“Symptoms batuk, demam, sakit kepala, flu, hilang deria rasa.. Nak mkn n kencing always rasa ngilu. Yg paling xtahan menggigil sejuk ke tulang n lemau mcm demam sakit urat,” ujarnya.

Pada masa sama, Jue sempat memohon maaf kepada semua pihak sekiranya dia ada membuat kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja.

“Jue ingin memohon Maaf sekiranya Jue ada buat salah,sengaja or xsengaja..harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik smua atas Doa2 kalian..Amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button