Cerita ArtisHiburan

Shuib Maklumkan Abang Kepada Arwah Siti Sarah Sudah Sedar, Sempat Buat Video Call

Pelawak dan usahawan popular, Shuib memaklumkan abang kepada arwah isterinya, Siti Sarah iaitu Ahmad Firdaus Raissuddin sudah sedar.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Shuib menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Allahuakhbar. Allah Maha Besar. Syukur dah buka mata. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Tapi kita sambung lagi untuk doa yang lain yang sedang bertarung nyawa, kita nak semua orang kembali sihat. balik jumpa keluarga, Amin,” tulisnya.

Dalam posting yang dimuat naik, Shuib turut menunjukkan video call bersama Firdaus yang turut disertai Raissuddin Hamzah.

Sebelum ini, abang kepada arwah Siti Sarah dilaporkan terpaksa dimasukkan ke ICU. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button